Malaysiakini
Anggota
Parlimen Pakatan Rakyat mendesak kerajaan untuk kembali kepada prinsip
dasar luar berkecuali dan menolak diplomasi disertai kekerasan (gunboat diplomacy) yang diamalkan Amerika Syarikat.
Mereka juga mahukan kerajaan berhenti membenarkan atau mengundang kapal perang negara kuasa besar dunia itu ke pelabuhan negara ini.
Kamaruddin
Jaafar (PAS-Tumpat) berkata, langkah itu sudah diguna pakai sejak tahun
70-an lagi selepas Asia Tenggara diisytiharkan sebagai Zon Aman dan
Berkecuali (Zopfan).
Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Kamaruddin berkata, langkah itu patut diambil kerana kita tidak mahu menjadi alat kepada kuasa asing.
Beliau menarik perhatian atas tindakan kerajaan membenarkan kapal perang Amerika Syarikat melawat negara ini kerana ia boleh dilabelkan sebagai "saluran" dan "pangkalan operasi" untuk hegemoni Amerika Syarikat.
Dalam politik antarabangsa, diplomasi disertai kekerasan merujuk kepada usaha mencapai objektif dasar asing dengan bantuan yang terang-terangan menunjukkan kuasa ketenteraan.A
Mereka juga mahukan kerajaan berhenti membenarkan atau mengundang kapal perang negara kuasa besar dunia itu ke pelabuhan negara ini.
Kamaruddin
Jaafar (PAS-Tumpat) berkata, langkah itu sudah diguna pakai sejak tahun
70-an lagi selepas Asia Tenggara diisytiharkan sebagai Zon Aman dan
Berkecuali (Zopfan).Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Kamaruddin berkata, langkah itu patut diambil kerana kita tidak mahu menjadi alat kepada kuasa asing.
Beliau menarik perhatian atas tindakan kerajaan membenarkan kapal perang Amerika Syarikat melawat negara ini kerana ia boleh dilabelkan sebagai "saluran" dan "pangkalan operasi" untuk hegemoni Amerika Syarikat.
Dalam politik antarabangsa, diplomasi disertai kekerasan merujuk kepada usaha mencapai objektif dasar asing dengan bantuan yang terang-terangan menunjukkan kuasa ketenteraan.A
No comments:
Post a Comment