14 Oktober 2012
Nik Aziz menunjukkan gelang yang disumbangkan kepada tabung pilihan raya, semalam.
KOTA BHARU- Selepas berjaya melelong tongkat sempena Majlis Makan Malam
Pakatan Rakyat dua minggu lalu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat tampil sekali lagi menunjukkan barangan untuk disumbangkan.
Kali ini beliau menunjukkan seutas gelang emas milik seorang Muslimah
untuk didermakan kepada tabung Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang
berlangsung tidak lama lagi.
“Tongkat saya berjaya dijual dengan harga yang tinggi, oleh itu saya beri gelang ini pula untuk melihat kejayaan parti secara keseluruhannya, Insya-Allah kita akan memperoleh kejayaan,” katanya semasa berucap Majlis Hari
Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini semalam.
Dalam Majlis itu juga Nik Aziz menyerahkan bunga kepada isterinya, Datin Sabariah Ishak sebagai simbolik keluarga Mawaddah.

Pada lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat minggu lepas,
PR berjaya mengumpul RM182,000 dengan surat cinta Anwar dibida dengan
harga RM 50,000 manakala tongkat Nik Aziz berjaya dijual 12,000.
Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, beliau tidak mahu melihat rakyat Kelantan terikat setelah mendapat wang segera daripada Kerajaan Pusat.
“Ada masyarakat yang tergugat setelah mendapat wang segera ini, kita mesti ada pegangan yang kuat demi agama dan parti,” katanya.

No comments:
Post a Comment