Harakahdaily
| Mohd Sabri Said, | 14 Okt 2012 |
KEPALA BATAS: Para pemuda sekitar Kepala Batas yakin
parlimen kawasan itu akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada
pilihanraya umum ke 13 kerana kredibili mantan perdana menteri dan anak
tok guru, Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan lagi sandaran sebagaimana
dahulu.
Ketika diminta pandangan tentang pergolakan politik dalaman Umno Bahagian Kepala Batas mereka berkata, Barisan Nasional (BN) akan tumbang walaupun Pak Lah sendiri yang bertanding sebagai calun.
Mohd Faiz Ahmad, 20, (Gambar kiri)
berkata senario sekarang bukan lagi menyebelahi Umno sebagaimana dulu
jika BN letak kayu atau tunggul sekalipun parti mereka akan mengecapi
kemenangan.
"Sekarang orang dah celik tidak macam dulu walaupun Pak Lah pernah jadi perdana menteri dan merupakan anak kepada Tok Guru Abdullah Haji Fahim sekalipun ia bukan lagi sandaran sepertimana dulu," katanya.
Rakannya, Yusof Othman, 22, (Gambar kanan)
meminta para pemuda yang sayangkan bangsa dan agama agar melakukan
perubahan demi menyelamatkan negara daripada terus manuju kebangkrapan.
Malaysia tiada boleh lari daripada bangkrap jika rakyat masih mempercayai BN memerintah kerana kewangan negara akan berkurangan ekoran terdapatnya ketirisan.
"Bila
tiris semuanya menuju kerugian. Bahkan terdapat pula penyelewengan
yang besar menyebabkan kehilangan wang rakyat," ujar beliau.
Seorang lagi pemuda yang sempat ditemui Sri Ganesan, 25, (gambar kiri) menambah, pemimpin yang korups patut dijatuhkan dan diganti dengan kepimpinan yang bersih.
"Buat apa mempertahankan kepimpinan BN yang nyata tidak layak lagi menjadi wakil rakyat, " jelas beliau.
Ketika diminta pandangan tentang pergolakan politik dalaman Umno Bahagian Kepala Batas mereka berkata, Barisan Nasional (BN) akan tumbang walaupun Pak Lah sendiri yang bertanding sebagai calun.
Mohd Faiz Ahmad, 20, (Gambar kiri)
berkata senario sekarang bukan lagi menyebelahi Umno sebagaimana dulu
jika BN letak kayu atau tunggul sekalipun parti mereka akan mengecapi
kemenangan."Sekarang orang dah celik tidak macam dulu walaupun Pak Lah pernah jadi perdana menteri dan merupakan anak kepada Tok Guru Abdullah Haji Fahim sekalipun ia bukan lagi sandaran sepertimana dulu," katanya.
Rakannya, Yusof Othman, 22, (Gambar kanan)
meminta para pemuda yang sayangkan bangsa dan agama agar melakukan
perubahan demi menyelamatkan negara daripada terus manuju kebangkrapan.Malaysia tiada boleh lari daripada bangkrap jika rakyat masih mempercayai BN memerintah kerana kewangan negara akan berkurangan ekoran terdapatnya ketirisan.
"Bila
tiris semuanya menuju kerugian. Bahkan terdapat pula penyelewengan
yang besar menyebabkan kehilangan wang rakyat," ujar beliau.Seorang lagi pemuda yang sempat ditemui Sri Ganesan, 25, (gambar kiri) menambah, pemimpin yang korups patut dijatuhkan dan diganti dengan kepimpinan yang bersih.
"Buat apa mempertahankan kepimpinan BN yang nyata tidak layak lagi menjadi wakil rakyat, " jelas beliau.
No comments:
Post a Comment