Pakar
undang-undang tidak bersetuju dengan penilaian Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beberapa undang-undang perlu dipinda
sebelum ia boleh menjadi lebih berkesan untuk bertindak terhadap
tokoh-tokoh politik yang rasuah.
Rabu lalu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, yang juga anggota panel khas SPRM, mendedahkan bahawa suruhanjaya itu telah berhujah bahawa ia terhalang oleh "peruntukan kuno" dalam undang-undang yang sedia ada.
Salahuddin
(kiri) telah memberikan satu contoh kes yang dibangkitkan oleh SPRM
kepada PSC di mana seorang pemimpin negeri yang kaya, tidak boleh
didakwa kerana kelemahan dalam undang-undang, walaupun enam kertas
siasatan dibuka terhadap individu tersebut.
Antara lain, kata
Salahuddin, SPRM telah memberitahu PSC bahawa ia mahu seksyen 23 dan 50
(lihat di bawah) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
dipinda.
Seorang
peguam kanan, Datuk Baljit Singh Sidhu, yang juga mengajar
undang-undang, tidak bersetuju dengan keperluan untuk meminda dua
bahagian tersebut.
"Malah, seksyen 23 yang diambil dari, dan
serupa dengan undang-undang Hong Kong. Oleh itu, saya tidak faham
mengapa SPRM mendakwa undang-undang itu kuno, sedangkan ia hanya baru
sahaja digubal (tiga tahun lalu).
"Tambahan pula, anda ada
peruntukan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 di bawah Kanun Keseksaan
dan Perintah Darurat. Apakah lagi undang-undang yang SPRM perlukan?"
katanya kepada Malaysiakini.
Sebaliknya, Baljit
mencadangkan supaya SPRM meningkatkan usaha penyiasatan dan berhenti
bergantung kepada pengakuan untuk memenangi kes.
Pengakuan telah tidak digunakan atau tidak boleh diterima di mahkamah sebagai sebahagian daripada bukti yang sejak 2006.
"Mereka
tidak boleh semata-mata bergantung kepada mengambil kenyataan untuk
mengumpul bukti kerana terdapat cara lain lagi," katanya.
Sementara
itu, seorang lagi peguam kanan CV Prabhakaran berkata soal tafsiran
undang-undang hendaklah diserahkan kepada mahkamah dan tugas utama SPRM
adalah untuk mendakwa individu selagi ada bukti yang mencukupi.
Prabhakaran
berkata seksyen 23, yang melibatkan penggunaan jawatan dalam menerima
suapan, dan seksyen 50, yang berkaitan dengan tanggapan dalam kesalahan
tertentu, adalah "undang-undang yang baik".
No comments:
Post a Comment