Harakahdaily
| Khairil Abdul Rahim, | 22 Okt 2012 |
KUANTAN: Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pahang
2012 dengan tema ‘Ubah sekarang selamatkan Pahang’ yang berlangsung di
sini semalam menzahirkan iltizam untuk menawan negeri Pahang.
Dalam
penyataan bersama oleh ketiga-ketiga parti komponen di penghujung
konvensyen itu, iltizam ketika-tiga parti itu dicerminkan daripada
persetujuan bersama dasar dan polisi yang menguntungkan rakyat di kala
kerajaan BN Pahang terbukti gagal mentadbir urus negeri Pahang dengan
efisyen, telus dan amanah.
Penyataan yang dibaca oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man itu, memperakui janji untuk menawarkan dasar yang benar-benar
berpaksi kepada kebajikan rakyat dalam menguruskan khazanah negeri,
menjaga dan melestarikan alam sekitar serta membela masa depan peneroka
Felda dan mengembalikan hak-hak Orang Asli.
[Gambar (Dari kiri) Leong, Tuan Ibrahim dan Fauzi menandatangani perisytiharan bersama sambil diperhatikan pimpinan Pakatan.]
Menurut penyataan itu lagi, pendekatan PR berasaskan keadilan dan
kesaksamaan kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit,
juga meraikan partisipasi (penyertaan) wanita dalam pembangunan negeri.
“Menyedari bahawa rakyat negeri Pahang khasnya dan Malaysia
keseluruhannya telah ditipu oleh BN selama 55 tahun yang telah
menyebabkan kualiti hidup, ekonomi dan integrasi antara kaum-kaum bukan
sahaja merudum malah berada di tahap yang kritikal, maka PR Pahang
menzahirkan komitmen untuk melakukan islah bagi kesejahteraan serta
mengangkat martabat rakyat bagi menikmati keadilan dan kekayaan negeri.
seterusnya di sini
No comments:
Post a Comment