Sunday, October 14, 2012
Semakin ramai tokoh korporat dan pemimpin BN di Sabah mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
Terbaru, seorang
lagi tokoh koporat Sabah, Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar
BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).
Selain Richard,
empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut
sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan membawa ribuan penyokong
dan ahli Umno dan PBS.
Kata Setiausaha
Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen, pengumuman
dibuat depan Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam,
Lahad Datu.
Richard dari
keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko
Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah
dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan.
Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bekas Adun Lahad
Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan
pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN.
Turut sama,
bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim;
Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua
PBS Tunku, Bolongan Panasi.
Sebelum ini, Ibrahim Menudin yang juga tokoh korporat turut keluar Umno dan menyertai KEADILAN di Wilayah Persekutuan Labuan.
JALAN PULANG

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete