Tuesday, October 02, 2012
jalan pulang
Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri DS Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi.Belum cukup dengan tindakannya mengambil idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan dikenakan ke atasnya apabila tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.
Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib juga menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.
Anwar tidak langsung menggunakan hashtag untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.
Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa pengguna di Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib Altantuya.
Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib Altantuya dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:
Seorang lagi pengguna menempelak Najib kerana ponteng semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.
Manakala
seorang lai pengguna menyindir Najib dengan mengatakan bahawa
isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!
@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe
Satu
lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda
Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan
bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!
@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak
Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib
@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib
No comments:
Post a Comment