October 22, 2012
SHAH ALAM, 22 Okt — PAS menggesa MCA agar berhati-hati membuat
kenyataan tentang dakwaan MCA mengatakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik
Aziz Nik Mat menggalakkan wanita bukan Islam untuk dirogol, kata Mohamad
Sabu (gambar).
Menurut timbalan presiden PAS itu, MCA bukan menghina sahaja PAS tetapi menghina agama Islam.
“MCA perlu berhati-hati apabila buat kenyataan, sebab itu bukan lagi
menghina parti, tapi sudah menghina agama. Jangan putar belitkan
kenyataan Nik Aziz,” kata Mohamad yang ditemui oleh The Malaysian Insider selepas memberikan ceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.
Sabtu lalu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersetuju dengan
pandangan dari Wanita MCA bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita
bukan Islam, dengan berkata bahawa Nik Aziz telah mengeluarkan
pandangan tersebut dalam satu ceramah empat tahun lalu.
Presiden MCA itu mendakwa dalam ucapan pada 2008, Nik Aziz berkata sesiapa yang tidak menutup aurat memang wajar untuk dirogol.
“Dan sebabnya kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.
“Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh
tunjukkan video (ceramah Nik Aziz) tersebut jika kamu berminat,” katanya
dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan delegasi
MCA menjelang perhimpunan agung parti itu.
Media melaporkan Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Heng Seai Kie
berkata bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita yang tidak menutup
aurat dalam ucapannya pada perhimpunan agung parti tersebut. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment