Pembangunan tanah Yayasan Selangor telus
Harakahdaily, | 30 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Yayasan Selangor ingin memberikan
jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanahnya kini dan akan datang
adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek
yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.
Demikian ditegaskan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki dalam satu kenyataan, hari ini.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
Sebagaimana yang dimaklumi, tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg.
Pandan, Kuala Lumpur milik Yayasan Selangor akan dibangunkan sebagai
pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Pembangunan tersebut akan
dimulakan pada awal tahun 2013.
Sebagai ganti kepada Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL),
Yayasan Selangor akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang
boleh menampung 1,000 pelajar, yang menelan belanja tidak kurang
daripada RM50 juta (tidak termasuk kos tanah).
Kos pembinaan SBP di biayai daripada pulangan cadangan projek
usahasama memajukan tapak AYSKL, Jalan Kg Pandan dengan pulangan kepada
YS tidak kurang daripada RM300juta ("in cash and kind").
Pihak
kami ingin memberikan jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah
Yayasan Selangor kini dan akan datang adalah telus dan sama sekali tidak
boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini
oleh pengurusan terdahulu.
No comments:
Post a Comment