KUALA
LUMPUR 14 OKT: Kementerian Pengangkutan digesa menggantung pelaksanaan
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana ia hanya memberi keuntungan
kepada pemegang konsesi dan bakal membebankan rakyat.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, melalui pemasangan 831
kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan – ATES Sdn Bhd dan
Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapat balik modal mereka melalui
pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.
“Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun kedua-dua pemegang konsesi
akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270
juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga –
jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun,” kata Lim
ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP di sini
Memetik The Malaysian Insider, beliau berkata daripada skim
pembayaran yang diberi kepada pemegang konsesi tersebut menunjukkan tiga
peringkat kaedah bayaran dengan peringkat pertama untuk setiap lima
juta saman pertama RM16 akan dikutip oleh konsesi dengan kadar RM80
juta.
Bagi peringkat kedua pembayaran sejumlah RM540 juta kutipan
seterusnya dikongsi 50 peratus iaitu berjumlah RM270 juta dan kerajaan
bakal mendapat jumlah yang sama
Peringkat ketiga pula sejumlah 7 5 peratus akan dikutip daripada
keuntungan seterusnya dengan kerajaan akan mengutip jumlah yang
berlebihan
Media sebelum ini melaporkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik
dicatatkan lapan hari pertama sejak pelancaran AES, 23 September lalu
dengan 14 kamera dipasang di kawasan-kawasan kerap berlaku kemalangan.
Selain keuntungan RM700 juta setahun terdapat juga tanda tanya
tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk
pemasangan 831 kamera
“Adakah ia bernilai RM600 – RM800 juta seperti yang didakwa oleh
kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan
dengan RM722 000 – RM962 000 setiap kamera,” soal Lim lagi.
Justeru beliau mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan menunaikan
tanggungjawab umum dengan menjelaskan soalan-soalan ini dan sama ada ia
dilakukan melalui tender terbuka
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment