Khamis, 4 Oktober 2012
QINGDAO: Majlis perkahwinan seorang wanita terjejas pada hari
perkahwinannya selepas dia diarah mengendalikan pondok tol beberapa jam
sebelum majlis itu.
Zhang Yu, pengurus di pusat tol lebuh raya di Qingdao, wilayah Shandong
di timur China, merancang bercuti seminggu untuk melangsungkan
perkahwinannya.
Bagaimanapun, majikannya membatalkan semua cuti apabila jalan raya di seluruh China sesak dengan berjuta-juta pemandu pulang ke kampung halaman masing-masing minggu lalu sempena cuti Festival Bulan.
Zhang Yu terpaksa mengendalikan pondok tol itu dan pada masa sama,
berjaya melangsungkan perkahwinan ketika waktu rehat makan tengah hari
apabila rombongan kereta perkahwinannya melalui tol itu.
“Ia minggu yang sukar untuk semua orang. Saya tidak boleh mengecewakan majikan saya,” katanya. - DM
No comments:
Post a Comment