Saturday, October 27, 2012

Pertarungan di Nibung Tebal

TERKINI 
October 26, 2012
Bandar Jawi, bahagian tersibuk di kawasan Parlimen Nibong Tebal. — Foto foto oleh K.E.Ooi
Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung menjadi pertempuran hangat oleh kerana dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.
NIBONG TEBAL, 26 Okt — Terletak di selatan Seberang Perai, bandar kecil dengan penduduk berjumlah hampir 50,000 orang ini berada di hujung negeri ini di bahagian tanah besar.
Di sinilah sempadan antara negeri Pulau Pinang dan Perak.
Mungkin kerana jaraknya yang jauh dengan George Town menyebabkan tidak ramai yang mahu ke sini kecuali mereka yang berminat untuk makan bubur ketam Teochew yang terkenal, anak sotong rebus dan kari udang.
Jauh dari laut, mungkin agak aneh jika bandar ini terkenal dengan “makanan laut” namun meletakkan Sungai Krian yang merentasi bandar ini, ketam lumpur dan udang air tawar boleh didapati dengan mudah.
Jawi adalah bandar yang tersibuk di parlimen ini dimana kedai-kedai, medan selera, pasar, restoran dan pasar runcit serta pejabat kerajaan berada di situ.
Nibong Tebal terbahagi kepada tiga kawasan dewan undangan negeri (DUN) - Jawi, Sungai Acheh dan Sungai Bakap.
Bandar Jawi dengan rumah kedai, di dalam bahagian pilihan raya yang termasuk 55 peratus pengundi bukan Melayu ...
Nibong Tebal terdiri dari 55 peratus yang bukan Melayu, dan 45 peratus terdiri daripada Melayu, yang kebanyakannya berada di Sungai Acheh, iaitu pertanian sebagai punca industrinya.
Kerana itu parlimen ini dianggap sengit dengan kedua-dua parti perlu memuaskan hati kedua-dua kaum Melayu dan Cina.
Sebelum ini, Nibong Tebal dan ketiga-tiga kerusi DUN; Jawi, Sungai Acheh dan Sungai Bakap adalah kerusi untuk Barisan Nasional (BN).

seterusnya di sini

No comments:

Post a Comment