September 30, 2012
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Lebih ramai ekspatriat asing memilih
untuk tinggal di Johor kerana rumah yang lebih murah dan besar, menurut
laporan akhbar Singapura hari ini, sementara rakyat Malaysia masih tidak
mampu membeli rumah.
Tatkala ekspatriat Singapura mencari rumah yang lebih murah di Malaysia, rakyat Malaysia terutamanya yang baru bekerja mengadu mereka tidak mampu membeli rumah.
Dolar Singapura bernilai 2.5 kali ganda lebih tinggi dari Ringgit Malaysia.
“Malaysia menawarkan rumah yang lebih murah,” Geert Hulst, warga Australia, isteri kepada warga Belanda, yang bekerja di republik tersebut, memberitahu akhbar Singapura Sunday Times (ST), dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini.
Pasangan
tersebut membeli rumah banglo lima bilik di Ledang Heights, Johor, yang
mereka katakan lima kali ganda lebih luas dari kondominium mereka di
Singapura, dan terdapat 100 orang ekspatriat yang terus berkembang.
Tatkala ekspatriat Singapura mencari rumah yang lebih murah di Malaysia, rakyat Malaysia terutamanya yang baru bekerja mengadu mereka tidak mampu membeli rumah.
Dolar Singapura bernilai 2.5 kali ganda lebih tinggi dari Ringgit Malaysia.
“Malaysia menawarkan rumah yang lebih murah,” Geert Hulst, warga Australia, isteri kepada warga Belanda, yang bekerja di republik tersebut, memberitahu akhbar Singapura Sunday Times (ST), dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini.

Legoland Malaysia, antara tarikan untuk ekspatriat. — Foto fail Reuters
Dua anak mereka juga belajar di Marlsborough College di Johor selepas
dibuka pada Ogos, menurut akhbar edisi hujung minggu Singapura, Straits Times.
Perpindahan mereka dari Singapura ke Johor untuk melihat harga yang
lebih murah bermula lima tahun lalu, menurut ajen hartanah kepada ST.
Mereka mula berpindah ke Nusajaya, iaitu sebahagian dari zon ekonomi Iskandar Malaysia di Johor yang bermula sejak tahun 2006.
ST melaporkan projek perumahan seperti Horizon Hills, Leisure Farm Resort dan Ledang Heights di Nusajaya sedang rancak berjalan.
Harga sewa rumah meningkat antara RM8,000 hingga RM20,000 sebulan manakala banglo berharga antara RM2 juta hingga RM7 juta.
Ajen hartanah Jerry Lim berkata, mereka tidak berlengah-lengah lagi sejak pembukaan lebih banyak sekolah di Iskandar Educity.
Separuh dari hartanah UEM Land dijual kepada warga asing termasuk rakyat Singapura, kata pemaju perumahan itu kepada ST.
“Dengan projek seperti Marlborough College, Legoland, Pinewood
Studios, serta hospital dan universiti yang bakal siap, tidak ada risiko
untuk pelaburan,” kata David Bochsler, pengarahan jualan dan pemasaran
Exhale, salah satu firma yang membina rumah di Nusajaya.
Bochsler, yang kini tinggal di Johor tetapi bekerja di Singapura,
merujuk kepada pembangunan baru menjadikan Iskandar Malaysia semakin
menarik untuk pembeli rumah.
Ekspatriat dari Belanda, Geert Hulst, bergerak 45 minit sehari untuk
bekerja di Singapura, dan dua orang anaknya belajar di Marlborough
College selepas ia dibuka pada Ogos.
Baru-baru ini, kerajaan persekutuan berjanji tidak akan mengutip tol
untuk pengguna di Link Penyuraian Timur (EDL), lebuhraya di Johor
selepas cadangan pengambilalihan dari Malaysian Resources Corporation
Berhad (MRCB).
Cadangan ini mungkin memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan
ekspatriat yang tinggal di Johor untuk menyeberang tambak untuk bekerja
di Singapura.
Lebih dari 50,000 kenderaan melalui jambatan EDL setiap hari.
Putrajaya pada Bajet 2013 telah mengadakan langkah-langkah untuk
mengatasi masalah perumahan, dengan perdana menteri mengumumkan
inisiatif melalui Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan agensi
kerajaan seperti Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan
Perumahan Negara.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan PR1MA
akan membina 5,000 rumah mampu milik yang dijangka 20 hingga 30 peratus
lebih rendah dari harga pasaran di Seremban, Negeri Sembilan.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment