(Oleh Masdar Wahid & Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 22 Oktober: Usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk
memastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil masih meragukan
banyak pihak ekoran senarai daftar pemilih yang belum dibersihkan, kata
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
“Bagaimana
dengan isu satu rumah teres ada 46 pengundi berdaftar? Jika SPR boleh
beri penjelasan tentang isu itu, kita boleh pertimbangkan ketelusan
mereka,” katanya.
Beliau merujuk laporan Suara Keadilan 16 Oktober lalu muka
surat 22 berhubung laporan Malaysian Elektronik Roll Analysis Project
(Merap) membuktikan bagaimana satu alamat di nombor 994 Jalan Papan
Klang didiami 46 pengundi.
“Di Selangor, kita cukup jelek dengan peningkatan jumlah pengundi entah dari mana setiap hari,” katanya ketika dihubungi.
Pengerusi KEADILAN Perak itu mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan
Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kononnya pelbagai usaha dibuat bagi
membersihkan daftar pemilih dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13).
Beliau yakin pasti ada ‘tangan’ yang masuk campur dalam urusan daftar pemilih.
“Itu yang dikhuatiri dan meragukan banyak badan bukan kerajaan (NGO)
seperti Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan parti dalam
Pakatan Rakyat,” katanya.
September lalu, Keadilan Daily melaporkan SPR gagal dedah
senarai daftar pemilih terkini menyebabkan kesukaran terhadap proses
semakan bagi mengenalpasti nama pengundi baru yang diragui.
Sebelum itu, kerajaan Selangor mendedahkan, peningkatan mendadak
daftar pemilih negeri itu untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788
berbanding daftar pemilih induk 2008.
seterusnya di sini
No comments:
Post a Comment