3 Oktober 2012
SHAH ALAM - Kumpulan Pro-Mahasiswa menyapu bersih kesemua kerusi
kawasan fakulti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam
pilihan raya semula yang berlangsung semalam.
Pengundian semula menggunakan sistem manual.
Menurut Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto, kesemua kerusi yang diperuntukkan bagi kawasan kuliah dimenangi Pro-Mahasiswa.
"Kami sapu bersih semua 26 kerusi kawasan fakulti daripada 31 kerusi yang diperuntukkan UIAM.
"Baki lima kerusi lagi merupakan kawasan Antarabangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Pengumuman keputusan dibuat Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar setiap fakulti bermula jam 8.15 malam di Kompleks Sukan Lelaki, UIAM.

Keputusan semalam menjadikan Pro-Mahasiswa menguasai tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia manakala Pro-Aspirasi pula menguasai 17 IPTA.
Bagaimanapun Pro-Aspirasi juga mendakwa mereka memenangi pilihan raya kampus UM.
Sementara itu, Penolong Pengarah Perhubungan Media dan Promosi UIAM, Suki Ahmad berkata, kaunter pengiraan undi tambahan dibuka untuk mempercepatkan proses pengiraan.
"Kami jangka pengumuman akan tamat sekitar 12 malam tetapi ia berjaya diselesaikan lebih cepat dari yang dijangka.
"Malah, ia berjalan lancar tanpa sebarang provokasi," katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, "pengiraan undi bermula sekitar jam 6.30 petang." UIAM mempertandingkan 31 kerusi di kedua kampusnya.
Sebelum ini, UIAM mengumumkan pengundian semula selepas berlaku kesilapan teknikal pada sistem e-undi yang digunakan.
No comments:
Post a Comment