Friday, October 19, 2012

PKR: Kes selesai, anak Nazri macam mana?

Malaysiakini

   Okt 19 2012  
PKR menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan jawapan Parlimen bahawa kes pengawal peribadi anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah selesai.

Ini kerana, kata naib presidennya N Surendran, ia gagal menyentuh tentang siasatan terhadap Mohamed Nedim Nazri.

NONE"Apakah hasil daripada siasatan terhadap Mohamed Nedim bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan?

"Walaupun mengakui perkara itu disiasat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Huseein sengaja tidak memberitahu sama ada Nedim bersih daripada sebarang kesalahan," kata Surendran.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran (kiri) berkata, tanpa mengira kedudukan sosial, semua orang sama di mata undang-undang dan pengawal keselamatan terlibat juga berhak mendapatkan keadilan.

"Kami menggesa menteri dalam negeri mendedahkan segala-galanya fakta sebenar kes itu dan membuka semula siasatan ke atas kes serangan itu," katanya.

Hishammuddin dalam jawapan bertulisnya semalam berkata, kes memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim dan disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan.

Menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), menteri dalam negeri bagaimanapun memberitahu, kes itu telah pun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

Loh meminta Hishammuddin menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim berhubung kejadian memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan kematian pemuda bernama Darren Kang di Sri Hartamas sekitar tahun 2004.

Mengenai kes kematian Darren, Hishammuddin berkata Mohamad Nedim didapati tidak terlibat dengan kes tersebut sebaliknya lima warganegara Thailand telah dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

No comments:

Post a Comment