| Harakahdaily, | 27 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Sekretariat Anak Terengganu di
Perantauan (Perantau) akan mengadakan program tradisi ibadah korban di
kalangan ahli-ahlinya yang berkemampuan sempena Iduladha 1433H.
Bagi
merapatkan ukhuwah di kalangan warga Perantau, ‘Program Ttemu Mata
Gganu Kite’ akan diadakan pada 28 Oktober (esok) mulai jam 1.00 tengah
hari hingga 3.00 petang di Maahad Tahfiz Al Quran, Wal Imamah, Bukit
Kerayong, Kapar, Klang.
“Sekretariat Perantau menjemput mana-mana anak-anak Terengganu di Perantauan terutamanya yang tinggal di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang tidak balik ke kampung halaman dapat hadir bersama untuk memeriahkan sambutan program ini,” kata Setiausaha Kerja Sekretariat Perantau, Ustaz Zulhilmi Abd Rahman Attakiri.
Menurut beliau lagi, program akan bermula dari sebelah pagi lagi.
Katanya, mana-mana warga Perantau yang tinggal di sekitar Klang, Shah Alam dan lain-lain tempat yang berdekatan bersama-sama bergotong royong melakukan aktiviti melapah lembu-lembu korban dan memasak bersama-sama di tempat program.
Maklumat lanjut berhubung dengan program ini boleh hubungi beliau di talian 012-9283560 atau Khairul Azli 0123266340.
Bagi
merapatkan ukhuwah di kalangan warga Perantau, ‘Program Ttemu Mata
Gganu Kite’ akan diadakan pada 28 Oktober (esok) mulai jam 1.00 tengah
hari hingga 3.00 petang di Maahad Tahfiz Al Quran, Wal Imamah, Bukit
Kerayong, Kapar, Klang.“Sekretariat Perantau menjemput mana-mana anak-anak Terengganu di Perantauan terutamanya yang tinggal di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang tidak balik ke kampung halaman dapat hadir bersama untuk memeriahkan sambutan program ini,” kata Setiausaha Kerja Sekretariat Perantau, Ustaz Zulhilmi Abd Rahman Attakiri.
Menurut beliau lagi, program akan bermula dari sebelah pagi lagi.
Katanya, mana-mana warga Perantau yang tinggal di sekitar Klang, Shah Alam dan lain-lain tempat yang berdekatan bersama-sama bergotong royong melakukan aktiviti melapah lembu-lembu korban dan memasak bersama-sama di tempat program.
Maklumat lanjut berhubung dengan program ini boleh hubungi beliau di talian 012-9283560 atau Khairul Azli 0123266340.
No comments:
Post a Comment