17 Oktober 2012
TEMERLOH - Seorang buruh warga Indonesia dihukum penjara 12 tahun dan
empat sebatan selepas mengaku bersalah merogol pelajar berumur 12 tahun
tujuh bulan pada 18 Julai lalu.
Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Dasuki Ali, selepas
tertuduh dikenali dengan nama Kabit, 37, mengaku bersalah atas
pertuduhan yang dibaca ke atasnya, semalam.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah pekerja di alamat nombor 27 D-1, Ladang Bukit Senorong, Kemayan, Bera, sekitar jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 18 Julai lalu.
Dasuki memutuskan tertuduh dihukum 12 tahun penjara dan empat sebatan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 19 Julai lalu.
Berdasarkan fakta kes, ibu mangsa menerima panggilan daripada guru bahawa anaknya tidak hadir ke sekolah selama empat hari.

Selepas siasatan mendapati, anaknya berada di rumah tertuduh pada hari
kejadian dan ibu mangsa mengesyaki sesuatu berlaku sebelum bertindak
membuat laporan polis.
Laporan perubatan mengesahkan ada kesan koyakkan baru dan lama pada
kemaluan mangsa dan mangsa turut disahkan mengandung 11 minggu.
Tertuduh disiasat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana
merogol dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar
Mustafa.
No comments:
Post a Comment