Harakahdaily
05 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas
Kelantan atau 'R' kelmarin turut menghantar memorandum kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Memorandum itu diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sejurus selesai Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat rayuan terhadap tiga tuntutan.
Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.
Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.
Dalam memorandum itu, NGO 'R' membuat resolusi menuntut Datuk Seri Najib memastikan pembayaran Wang Royalti dibuat secara tunai oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Mereka juga menuntut bayaran keseluruhan termasuk tunggakan iaitu berjumlah RM10.4 Billion dengan kadar segera mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975.
Dalam pada itu, mereka juga menggesa Perdana Menteri dan Petronas membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas di Kelantan kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan hanya 140 kilometer sahaja ke Pantai Senok, Bachok.
Berbanding ke Kerteh, ianya lebih jauh dengan jarak pembinaan paip sepanjang 300 kilometer.
Menurut Pengerusi R, Nazri Deraman, pembinaan hab di Bachok itu secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dan memberi impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan.
"Ianya juga selari dengan Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima yang telah bertitah agar Gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000 ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya.
Pembinaan itu juga ujarnya akan membuka peluang kerja yang sangat luas sekiranya projek gas itu berjaya didaratkan ke Kelantan.

No comments:
Post a Comment