sinar harian
12 Oktober 2012
12 Oktober 2012
SEPASANG suami isteri dari Hong Kong membayar AS$2
juta (RM6 juta) kepada seorang bekas profesor Harvard yang berjanji
untuk mendapatkan tempat bagi anak mereka disebabkan tahap kemasukan
yang sangat kompetitif.
Bagaimanapun pasangan itu memfailkan kes mendakwa telah ditipu.
"Apabila mereka datang untuk kemasukan kolej bagi anak mereka, kami tidak boleh memberi sebarang jaminan," kata Mark Kantrowitz, pakar pembiayaan kolej dan perancangan dari Cranberry Townshipa.
"Jika ada seseorang memberitahu anda mereka boleh mendapatkan tempat di Harvard, ia satu penipuan," katanya.
Gerald dan Lily Chow dari China mengatakan dalam tuntutan mahkamah yang difailkan pada 2010 di Mahkamah Daerah AS di Boston bahawa mereka mambayar kepada Mark Zimny A$2 juta, yang berjanji akan mendapatkan dua anak mereka tempat di Harvard.
Menurut tuntutan mahkamah, Chows juga mendakwa Zimny berjanji akan membantu berhubung isu perkauman yang didakwa dialami komuniti Asia.
Chows menuduh Zimny menipu, melanggar kontrak dan penganiayaan yang zalim dan mereka mahu wang mereka dikembalikan.
Bagaimanapun, Zimny menafikan dakwaan yang dibuat itu.
Pasangan itu turut mencari jalan lain melalui mahkamah persekutuan dan dijadual didengar di mahkamah, November ini.
“Hanya pelajar yang paling layak dan berbakat boleh mendapat tempat di Harvard dan kes sebegini amat sukar untuk dibayangkan,” kata Mark.
Walaupun kes Chow agak keterlaluan, Kantrowitz berkata, ibu bapa di seluruh negara masih lagi berpeluang untuk menghantar anak mereka dan perunding kolej masih lagi boleh membantu mereka bagi menghadapi peperiksaan dan esei yang diperlukan bagi permohonan masuk ke koleh berkenaan.
"Saya berasa marah bagi pihak profesor itu, dan ia seolah-olah membunuh industri kita sendiri," kata Presiden Hernandez Kolej Consulting di Weybridge, Michele A. Hernández.
Hernández berkata, ibu bapa perlu meneliti kelayakan perunding dan orang-orang yang layak menjadi perunding harus bekerja di pejabat kemasukan kolej dan bukan hanya di institusi.
"Dalam kes ini, sukar untuk mendapatkan etika perunding yang benar-benar layak dan ibu bapa perlu berhenti dari terus ‘obses” terhadap Harvard,” katanya.
Tahun lepas, Harvard menerima 34,950 pemohon bagi pengambilan 2015.

No comments:
Post a Comment