5 Oktober 2012
SHAH ALAM -Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menafikan dakwaan Jaringan
Melayu Malaysia (JMM) kononnya memberi sogokan kepada pegawai kerajaan
ertujuan mengumpul maklumat berkaitan keselamatan dan rahsia kerajaan.
Pengarah Eksekutifnya, Nalini Elumalai berkata, Suaram mencabar JMM
membuktikan dakwaan mereka atau membuat permohonan maaf dan menarik
balik dakwaan jika gagal berbuat demikian.
“Ia jelas dakwaan karut. Sehingga ke tahap ini, Suaram masih disiasat
oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan agensi-agensi lain dan
memberikan kerjasama penuh kepada mereka atas dasar menghormati
kedaulatan undang-undang.
“Kami mencadangkan kepada semua pegawai yang dikatakan disogok oleh
Suaram untuk bangkit dan bertindak terhadap dakwaan JMM,” katanya dalam
satu kenyataan, semalam.
Nalini berkata, Suaram berikrar menentang pihak yang cuba menggugat
maruah dan kredibiliti Suaram sebagai pembela hak asasi manusia
terkemuka di negara ini.
No comments:
Post a Comment