Wednesday, October 24, 2012

TEKSI protes tiap Sabtu sampai k’jaan beri permit individu

(Oleh Aliff Fikri)
AMPANG 23 Oktober: Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) mewakili seluruh pemandu teksi akan mengadakan protes aman setiap Sabtu selagi tuntutan mereka untuk memperoleh permit individu tidak dipenuhi kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Pengerusinya, Mohammad Ridzwan Mohamad Daud berkata, mereka juga akan jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan kepentingan dan hak pemandu teksi yang diabai kerajaan.
“Permintaan kami ini tidaklah keterlaluan memandangkan kerajaan gagal untuk membantu menaiktaraf kehidupan pemandu teksi secara amnya.
“Sikap pilih kasih kerajaan yang tidak mengambil peduli kepentingan kami, menyebabkan kami disisihkan dan kebajikan kami tidak dipeduli.
“Kami bukannya minta projek besar tapi hanya permit individu sahaja, tapi kerajaan memilih untuk mendiamkan diri,” katanya pada majlis pelancaran Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di Bilik Gerakan Utama Parlimen Ampang tengahari tadi yang dihadiri lebih 100 pemandu teksi.

Selain menuntut permit teksi individu tanpa syarat, TEKSI juga mendrafkan beberapa tuntutan lain kepada kerajaan khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
“Antara tuntutan tersebut merangkumi kadar bunga atau cukai kenderaan pembelian teksi buatan Malaysia dimansuhkan, membenarkan penggunaan teksi selain dari Proton untuk teksi bandar kerana kos pembaikan dan ketahanannya kurang memuaskan serta kadar harga meter dikaji semula.

“Kami juga menuntut kerajaan supaya mengkaji semula kemudahan perkhidmatan bas Go KL, memansuhkan kaunter teksi berkupon yang telah membebankan penumpang dengan bayaran tambahan, menubuhkan badan yang menjaga hak pemandu teksi dan memberi pinjaman untuk pembelian rumah dan sebagainya,” kata Ridzuan.
seterusnya di sini

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p

No comments:

Post a Comment