JOHOR
BAHRU: Akibat mahukan kesenangan berterusan menerusi jalan haram,
segelintir pemuja toyol sanggup memeterai perjanjian luar biasa termasuk
memenuhi permintaan pelik makhluk halus itu yang ingin melihat tuannya
melakukan hubungan seks di luar nikah.
Perjanjian
yang dibuat pemuja berkenaan selepas roh toyol itu dibangkitkan, adalah
antara habuan diterima makhluk berkenaan yang mampu menyelinap bilik
berkunci dan mencari wang disorok bagi melakukan tugas mencuri di
kediaman penduduk.Selain itu, toyol berkenaan juga diberi makan ayam dan
dihadiahkan barang permainan kanak-kanak oleh pemujanya setiap kali
berjaya menyerahkan wang curi.
Perbuatan
tidak bertanggungjawab pemuja toyol itu yang berani melakukan perjanjian
berkenaan walaupun menyedari ia perbuatan syirik dan dilaknat Allah,
kebiasaannya tidak disedari ahli keluarganya.Perkara berkenaan
didedahkan seorang pengamal perubatan tradisional, Hafizan Abdullah, 55,
yang turut terkilan dengan kewujudan perjanjian luar biasa antara
pemuja toyol dan makhluk halus yang dikatakan mempunyai perangai seperti
kanak-kanak.
“Apa yang
pelik, apabila ditanya sama ada tuan mereka memberikan darah sebagai
makanan supaya melakukan perbuatan mencuri, makhluk halus berwarna
hijau, bermata merah dan setinggi paras betis sebaliknya memberitahu
ganjaran mereka adalah melihat pemuja melakukan hubungan seks tanpa
pengetahuan dengan pasangannya.“Toyol berkenaan juga diberikan makan
ayam dan barang permainan kanak-kanak oleh pemuja setiap kali berjaya
menyerahkan wang dicuri itu.
“Apa yang
mengecewakan, perbuatan tidak bertanggungjawab pemuja toyol itu yang
berani melakukan perjanjian itu tanpa disedari ahli keluarganya
mengakibatkan keseluruhan keluarganya terpaksa menanggung dosa,” katanya
yang mendakwa pernah menghalau makhluk halus berkenaan yang berjaya
diperangkap di kediaman penduduk di sekitar Ulu Tiram dan Pasir Gudang
beberapa bulan lalu.Hafizan berkata, sikap tidak bertanggungjawab pemuja
toyol yang sanggup membuat perjanjian luar biasa itu sebagai mengambil
jalan mudah untuk mendapatkan wang bagaimanapun mengundang masalah
kepada diri sendiri apabila ingkar permintaan makhluk itu.
Menurutnya,
pemuja yang gagal memenuhi permintaan boleh mengakibatkan makhluk
berkenaan mengganas termasuk merosakkan barangan di rumah atau
menimbulkan perselisihan faham antara ahli keluarga.“Ada juga yang
berdegil dan enggan mengikut arahan pemuja atau pemiliknya apabila
permintaan remeh itu gagal dipenuhi.“Akhirnya pemuja terbabit yang
melakukan amalan terpesong itu terdesak untuk memberi habuan dipinta
bagi memastikan tidak dilanda masalah biarpun menyedari perbuatan
perbuatan ini haram di sisi agama kerana ia menyekutukan Allah,”
katanya.
Menurut
Hafizan, orang ramai boleh mengetahui kehadiran toyol dengan menabur
kekacang dalam rumah mereka pada waktu malam.Katanya, sekiranya taburan
berkenaan tersusun atau terkumpul di satu tempat, ia membuktikan
kehadiran toyol berkenaan yang leka bermain dengan barangan
terbabit.“Kebiasaannya, orang ramai bingung berikutan kes kehilangan
wang yang disimpan di rumah makin menjadi-jadi. Tambahan pula, jumlah
wang yang hilang itu hanya bernilai kecil walaupun disimpan di tempat
paling sukar dikesan.
“Cara yang
paling berkesan bagi menghindari kediaman daripada gangguan syaitan
mahupun iblis adalah bacaan ayat Kursi dan berdoa, “ katanya.Sementara
itu, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata perbuatan membela iblis
seperti toyol amalan orang jahiliah yang tidak bertamadun.
No comments:
Post a Comment