31 Oktober 2012
KOTA BHARU – Padah ugut mengunting telinga anak saudara, seorang
penoreh getah dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah
Majistret di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly terhadap Abdul Zaman Ismail, 29, dari Kampung Limau Kasturi, Gua Musang.
Tertuduh sebelum itu mengaku mengugut Muhammad Zuhairi Nizar Ghazali, 18, dengan niat mendatangkan kecederaan dan kematian kepada mangsa di alamat Kampun Kubuk Pukol, Binjai di sini, pada jam 1.30 petang, 25 Oktober lalu.
Kejadian berpunca selepas permintaan tertuduh yang meminta duit daripada ibunya tidak diendahkan isi rumah termasuk mangsa yang berada di sana ketika itu.
Tertuduh yang sedang marah mengacukan gunting sambil memegang kepala Muhammad Zuhairi dan mengugut untuk mengerat telinga remaja terbabit.
Anak saudaranya yang tidak berpuas hati membuat laporan di balai polis sehingga membawa kepada penahanan tertuduh sehari selepas kejadian.
Hukuman terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

No comments:
Post a Comment