29 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Dewan Ulama Pas Pusat menjemput bekas Mufti Perlis, Prof
Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kini berhadapan dengan
kontroversi ekoran pandangan mengaitkan dengan pimpinan Ayatollah, agar
menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu menerusi wacana
ilmu.
“Saya merujuk kepada kebimbangan Dr Asri bahawa ulama-ulama dalam Pas dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah Kerajaan Pusat nanti dalam satu wacana baru-baru ini,” kata Setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali dipetik Harakahdaily.
Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulama Pas Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.
Jelasnya, Dewan Ulama Pas Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulama dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias, di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.
Tambah beliau, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Asri.
“Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut.
"Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment