(Oleh Mohd Martin Kahar)
PETALING JAYA 5 Oktober: KEADILAN menempelak pembinaan projek
Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang
oleh Umno BN tanpa mempedulikan bantahan penduduk, suasana ekonomi dan
kesan masa panjang terhadap alam sekitar.
Biro Pelaburan dan Perdagangannya, Wong Chen berkata, sesuatu
pelaburan perlu dinilai berdasarkan merit ekonomi, pulangan, keuntungan
dan kesan sosial serta alam sekitar.
Beliau mempersoal adakah Umno BN mengambil kira kesan pada masa akan datang jika projek itu diteruskan.
“Penduduk harus diberi masa mencukupi untuk menyuarakan pandangan mereka supaya boleh membuat keputusan yang bebas.
“Semua kajian alam sekitar perlu dibuka untuk ulasan awam dan semua
piawaian alam sekitar perlu dikuatkuasakan sepenuhnya,” katanya pada
sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Chen berkata, Pakatan Rakyat mempertimbang memindahkan projek Rapid
itu ke Kertih, Terengganu sekiranya kajian dan pertimbangan asas ekonomi
mewajarkan ia diteruskan.
Katanya, Kompleks Industri Petroleum di Kertih mempunyai kemudahan
pelaburan, infrastruktur dan tanah yang mencukupi untuk menampung projek
Rapid.
“Lokasi Kertih menjadi pilihan kerana tidak memberi kesan kepada masyarakat dan tidak perlu mengambil tanah secara paksa.
“Ia juga berhampiran dengan perindustrian Gebeng dan Pelabuhan
Kuantan. Sekurang-kurangnya RM5 bilion dari kos pembelian tanah dan
pembinaan infrastruktur boleh dijimatkan,” jelas Chen.
Pakatan cadang lanjut FID jika tadbir negara
Beliau juga menggesa tempoh lebih panjang diberikan kepada penduduk
Pengerang untuk menyuarakan pandangan mereka sebelum Keputusan Pelaburan
Akhir (FID) dibuat pertengahan Jun tahun depan.
Melihatkan situasi ini, Chen berkata, Pakatan Rakyat bercadang
melanjutkan tempoh FID bagi mempertimbangkan asas ekonomi setiap
pelaburan jika mentadbir negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
No comments:
Post a Comment