sinaharian
1 November 2012
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini diberitahu seramai 2,011 penjawat
awam telah diisytiharkan bankrap dalam pentadbiran Jabatan Insolvensi
Malaysia (MdI) sejak lima tahun lepas sehingga Ogos tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, Ketua Pengarah Insolvensi hanya bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Ketua Jabatan untuk makluman kebankrapan sebaik sahaja seseorang penjawat awam diisytihar bankrap.
"Ini supaya kawal seliaan ke atas kelakuan dan hal ehwal kewangan bankrap tersebut dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.
"Ia bertujuan untuk memastikan bankrap tersebut memberi kerjasama kepada Ketua Pengarah Insolvensi dalam pentadbiran kes kebankrapannya dan dapat dikeluarkan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat," katanya ketika menjawab soalan Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah) mengenai jumlah penjawat awam yang diisytihar bankrap.
Jelas beliau, undang-undang kebankrapan terpakai kepada semua individu termasuk penjawat awam yang bankrap dan sehubungan itu halangan dan sekatan yang diperuntukkan mengikut undang-undang kebankrapan juga terpakai terhadap penjawat awam yang bankrap.
Katanya, penjawat awam yang diisytiharkan bankrap tidak semestinya akan kehilangan pekerjaan dan tertakluk kepada keputusan Lembaga Tatatertib jabatan.
"Untuk makluman, bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak pernah menerima apa-apa kes berkaitan masalah kebankrapan dan dihukum buang kerja oleh jabatan yang melibatkan penjawat awam," tambah beliau. - Bernama

No comments:
Post a Comment