Harakahdaily

13 Nov 2012
KULIM
– Kedah menjana transformasi dengan sangat pantas apabila dalam empat
tahun sahaja kerajaan negeri berjaya menjalankan pelbagai projek dan
program yang bermanfaat untuk rakyat.
Menteri
Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan
bahawa kerajaan negeri hanya baru memerintah selama empat tahun. Tahun
pertama ibarat masuk ke rumah baru dan menyusun perabot, maka selepas
tu barulah dapat dilakukan aktiviti-aktiviti lain.
Beliau
berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Mesra Rakyat
Peringkat Daerah Kulim, di Masjid An-ANajah, Padang Serai.
“Orang
ramai sering tohmah kita dengan menyatakan bahawa jika kita perintah
maka Kedah akan menjadi huru-hara. Ianya adalah tidak benar kerana kita
telah lakukan yang terbaik. Walaupun kita tidak baik melebihi orang
lain tetapi sekurang-kuranya kita sama dengan orang lain. Kita juga
sering berusaha untuk memerangi rasuah.
“Tahun
lepas kita sediakan bajet sebanyak RM1.06 bilion dan sebelum tu RM800
juta. Tahun ini bajet kita lebih banyak kerana rakyat Kedah semakin
banyak,” terangnya.
Tambahnya,
kerajaan negeri sedang menggalakkan anak-anak Kedah agar mempunyai
pendidikan apabila jika ada anak Kedah yang berbangsa Melayu, Cina,
India dan Siam berjaya masuk ke universiti maka, untuk ijazah diberikan
sebanyak RM400 dan untuk diploma sebanyak RM200.
Beliau
meminta supaya Majlis Ketua Kampung segera memaklumkan kepada
masyarakat mengenai peruntukan ini agar tidak ada yang tertinggal.
Selain itu, peruntukan Kafalah yang diberikan kepada waris si mati
masih ada bakinya yang tidak digunakan.
“Kita
kawal duit dengan kemas, tidak ada ketirisan dan tidak bocor maka kita
dapat salurkan kepada rakyat. Akhirnya kita mendapat keberkatan
daripada Allah. Jangan kedekut sangat dan jangan boros sangat agar kita
tidak kecewa nanti.
“Selain
itu, kita telah peruntukkan banyak juta untuk Maahad Tahfiz Sains di
Kulim. Di sebabkan banyak pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR maka
sambutan terhadap Maahad Tahfiz ini sangat menggalakkan. Kita buka
tawaran hanya untuk 50 orang, namun yang datang temuduga kira-kira 400
orang,” katanya bersungguh-sungguh.
Sambungnya,
setelah habis belajar di sana selama tiga tahun, mereka akan dihantar
untuk sambung belajar di Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba, Langkawi pula.
Pihaknya berharap ianya sesuai untuk dibangunkan dan dijadikan tempat
ilmu. Beliau juga bersyukur kerana Kerajaan Persekutuan akan
menyediakan bekalan elektrik dan air di sana. Menurutnya, ini adalah
pertolongan daripada Allah.
Sebelum
ni semua orang takut dengan pulau yang terkenal dengan panggilan pulau
hantu itu. Kerajaan negeri sudah sediakan bajet sebanyak RM20 juta.
Pada tahun ini tender telah dibuka. Namun, pada tahun hadapan bajetnya
akan ditambah.
“Pelajar
akan menghafal Al-Quran di sana dan tidak dapat lari ke mana-mana
kerana takkan nak terjun ke laut kot,” guraunya bersahaja.
Katanya
lagi, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil sudah hampir siap
dan bajetnya hanya RM330 juta. Jika pihak lain yang bina dijangkakan
bajetnya adalah RM1 bilion. Perabot-perabot sedang dimasukkan. Selepas
ini pelajar-pelajar KUIN akan tinggal bersama-sama penduduk di kawasan
itu.
“Jika
pelajar KUIN tinggal di sana, maka masyarakat setempat akan mendapat
faedahnya ibarat kata pepatah ‘Sesiapa berkawan dengan penjual minyak
wangi maka dia akan mendapat bau minyak wangi dan menjadi wangi.
Sesiapa berkawan dengan tukang besi maka akan terkena habuk besi dan
berbau habuk besi.’
“Selain
itu, kita sedang mencari tanah yang sesuai untuk pertanian dan telah
membuka tanah seluas 1000 ekar berhampiran dengan Tasik Pedu. Kita akan
tanam pelbgai buah–buahan seperti buah kelubi, gemia, cermai dan
durian serta banyak lagi. Sekarang sedang ditanam buah mempelam,”
terangnya.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Exco-exco kerajaan negeri dan MKK kawasan.
No comments:
Post a Comment