Kemasukan 400 ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.
Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin.
Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin.
Katanya, rakyat Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah.
Sebagai bukti kata Azmin, kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para pemimpin Umno.
Katanya lagi, kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan iaitu Bung Moktar Radin membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan kemarahan dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut terhadap kerajaan Umno dan BN sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan penyokong kuat rejim itu.
"Kita bersyukur kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas.
Kata Azmin lagi, mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah.
Foto dan berita ihsan Sabahkini.Net
sumber: shalehudin
No comments:
Post a Comment