(Norutul Ilham)
JOHOR BHARU 13 November: Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong di
sini, mengancam untuk keluar Umno berikutan parti itu langsung tidak
mempeduli keselamatan mereka.
Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong,
Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah
Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan
lokasi pembuangan sampah.
“Sudah dua kali bertemu dengan MDBP dan pimpinan Umno tapi rayuan
ditolak sedangkan lokasinya terletak berhampiran tempat tinggal mereka.
“Kalau
ikutkan, tempat pembuangan sampah itu di atas bukit, tapi di lereng dan
sekitarnya ada penempatan penduduk,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Zaihan berkata, kain rentang yang dipasang di satu persimpangan jalan
sejak seminggu lalu dan tersebar di internet, menunjukkan mereka tidak
akan berdiam diri dalam isu berkenaan.
Beliau percaya bila-bila masa sahaja penduduk kampung itu, akan keluar Umno.
“Ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno kerana kawasan itu kubu
kuat mereka. Setakat yang saya tahu, lebih kurang 30 peratus penduduk
kampung itu sudahpun menyokong Pakatan,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment