Tuesday, November 13, 2012

Abdul Hadi: Pelatih PLKN perlu patuhi syrat berpolitik dalam kem


November 12, 2012  The Malaysian Insider

Pelatih di semua kem PLKN akan dibenar aktif berpolitik sepanjang menjalani latihan tiga bulan itu, mulai tahun hadapan. ― Gambar fail
GUA MUSANG, Nov 12 ― Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara perlu mematuhi syarat yang akan ditetapkan apabila mereka dibenar aktif berpolitik dalam kem, mulai tahun depan.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata kepatuhan syarat itu penting bagi menjaga keharmonian mereka dan menjunjung kedaulatan negara.
“Kebenaran pelatih aktif berpolitik itu menunjukkan perkembangan terbaharu dan terbaik dalam mengembangkan ilmu kepolitikan dalam kem PLKN, tetapi ia perlu akur kepada peraturan ditetapkan.
“Kita mahu setiap pelatih ada kehormatan di samping memilih pemimpin di kalangan mereka yang ada kebijaksanaannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra dengan pelatih PLKN di Kem Etnobotani di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Datuk Dr Tiki Lafe semalam yang mengumumkan pelatih di semua kem PLKN akan dibenar aktif berpolitik sepanjang menjalani latihan tiga bulan itu, mulai tahun hadapan.
Abdul Hadi berkata kempen politik itu hanya membabitkan kawasan dalam kem bagi mereka memilih pemimpin, sebagaimana yang dilakukan penuntut universiti. ― Bernama

1 comment:

  1. Ini satu lagi idea bangang yang keluar dari otak bahalol. Apa kena mengena politik dengan program membina jatidiri PLKN.

    Sepatutnya program PLKN ini bersifat program membina jatidiri semata-mata. Politik diharamkan langsung.

    Memang sah pikiran ni tak boleh pakai kerana nampak sangat bodoh dan terdesak. Betul pelatih PLKN tak boleh mengundi lagi....apa punya bingailah nak basuh pemikiran peserta-peserta yang masih suci ini dengan dakyah songsang dengan harapan apabila mereka layak mengundi nanti dalam PRU 14, mereka akan terus mengundi UMNO/BN.

    PRU 14 tu cerita masa depan yang tak siapa boleh agak hari ini. Ceritalah cerita sekarang.

    ReplyDelete