Harakahdaily
06 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Perdana
Menteri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap
mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat
bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi, kerana hukuman seumpama
itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.
Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu di Dewan
Rakyat, hari ini.
Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahl Parlimen PAS hari ini seperti di bawah.
Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Menteri Kesihatan
menyatakan mengenai perancangan terhadap tanah KKM untuk tapak Hospital
Pendang yang sudah menjadi kawasan penempatan hidupan liar yang
dijanjikan untuk hospital sejak 2006.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kewangan
menyatakan berapa peratuskah cukai eksais kereta tempatan yang
dikenakan.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan tentang
SAPS, E-Pangkat, E-Operasi, APDM dan E-Kehadiran (Kedah) telah
dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia, sekolah di Luar Bandar
menghadapi masalah kemudahan Jalur Lebar, WIFI dan Internet amat
perlahan dan kadangkala tidak ada langsung perkhidmatan, kadang-kadang
berminggu-minggu terputus. Ini amat membebankan guru. Apakah langkah
Kementerian untuk atasi perkara ini.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri
Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan langkah-langkah terkini
yang dibuat bagi menjamin harga getah asli dan kelapa sawit tidak jatuh
dengan lebih teruk lagi.
No comments:
Post a Comment