Jumaat, 16 November 2012
KUALA LUMPUR: Seorang bomoh warga Indonesia mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang
gadis bawah umur, minggu lepas.
Parjono, 33, didakwa merogol remaja berusia 14 tahun itu di sebuah bilik
bernombor 48, Jalan 16/10, Taman Koperasi Polis, Fasa 1, Sentul di sini
di antara 9 malam, 7 Nov hingga 5.30 pagi, 8 Nov.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 375 (g)
Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun sama yang
membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit
kesalahan.
- Bernama
No comments:
Post a Comment