November 12, 2012
KUALA LUMPUR, 12 Nov — Tan Sri Shamsul Azhar Abas membayangkan
beliau mungkin tidak akan kekal lama di Petronas di bawah polisi
persaraan baru selepas melakukan pembaharuan untuk mengurangkan peranan
syarikat sebagai pemberi dana kepada kerajaan selepas dua tahun menjadi
ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersebut.
“Saya sudah mengenalpasti pengganti saya dan saya bersedia untuk
bersara bila-bila masa. Walaupun pada hari esok,” kata Shamsul kepada Financial Times (FT) dalam temubualnya hari ini.
CEO dan ahli lembaga pengarah Petronas tersebut berkhidmat untuk
perdana menteri yang telah menjadikan Petronas sebagai sumber dana
kepada projek mega dan untuk menjamin kerugian.
Shamsul menggantikan Tan Sri Hassan Merican pada tahun 2010 telah
berusaha untuk menjadikan syarikat tersebut bebas dari penguasaan
kerajaan dan mengawal perbelanjaan serta mahu menjadikan syarikat
tersebut di dalam Fortune 500 untuk kepentingan komersil, menurut akhbar
perniagaan antarabangsa tersebut.
Petronas juga dalam perbincangan dalam membebaskan syarikat tersebut
dari pemilikan kerajaan dengan membincangkan pengurang subsidi tahunan
kepada dana negara, yang kini menyumbang kepada 40 peratus dari bajet
negara serta mahu mengurangkan kos eksplorasi dalam pengeluaran yang
semakin berkurangan, menurut FT.
“Ia kini dilakukan secara sekumpulan, tidak lagi keseorangan,” kata Shamsul lagi.
Akhbar tersebut melaporkan bahawa Shamsul berusaha memulihkan imej
Petronas sebagai syarikat yang dimiliki kerajaan dengan berusaha
menyelamatkan hak pembelian bernilai C$5.3 billion (RM16.3 billion)
dalam syarikat Progress Energy Resources yang telah ditolak oleh
kerajaan Kanada kerana dikatakan "tidak menguntungkan" negara tersebut.
Akhbar tersebut berkata, Petronas telah berusaha untuk mengimbangkan
kewangannya yang kini 42 peratus dari pendapatan antarabangsa, hanyalah
10 peratus dari pendapatan keseluruhannya.
CEO itu memberitahu akhbar tersebut bahawa beliau tidak akan mampu
membawa perubahan “tanpa sokongan dari perdana menteri” Datuk Seri Najib
Razak.
Tetapi bagi Shamsul, yang telah berkhidmat bersama Petronas selama 37
tahun sejak 1975 juga adalah produk dari sistem yang dikritik beliau.
Beliau faham masanya untuk bersara sudah tiba dan sudah bersedia untuk berbuat demikian.
CEO sebelumnya, Hassan yang telah meninggalkan Petronas, dikatakan
mempunyai pandangan tidak sehaluan dengan Najib pada lewat 2009 dengan
perlantikan bekas pembantunya sebagai pengarah Petronas walaupun perdana
menteri mempunyai kuasa penuh dalam lembaga pengarah.
Hassan telah dikreditkan sebagai orang yang bertanggungjawab atas
transformasi Petronas sebagai syarikat milik kerajaan yang memainkan
peranan luas di peringkat antarabangsa selain dari Statoil milik Norway.
Semenjak itu, beliau telah dilantik di beberapa syarikat
antarabangsa, termasuk pengarah kepada syarikat Singapura Sembcorp
Industries. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment