Elaun rumah: Cuepacs tunggu respons kerajaan
3 November 2012
SHAH ALAM - Cuepacs menggesa kerajaan segera menimbang semula elaun
perumahan yang diberikan kepada anggota sektor awam supaya ia berkadaran
dengan sewa rumah pada masa kini.
Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, harga rumah yang terlalu
tinggi membebankan penjawat sektor terbabit terutamanya mereka yang
bertugas dalam Kumpulan Pelaksana.
"Kita sudah kemukakan cadangan kepada Suruhanjaya (Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam) berkenaan hal ini.
"Tuntutan kita ialah meningkatkan elaun daripada RM180 kepada RM450,"
katanya sambil menambah, walaupun hakikatnya jumlah itu masih belum
mencukupi.
"... tetapi sekurang-kurangnya bolehlah menampung kos sara hidup yang
tinggi. Bagi yang belum berkahwin, mereka mungkin boleh sewa bilik,"
katanya kepada Sinar Harian Online.
Tinjauan Sinar Harian Online mendapati rata-rata penjawat awam yang
menetap di ibu kota gusar tentang elaun perumahan yang masih di takuk
lama walaupun harga barangan dan sewa rumah semakin meningkat naik dari
semasa ke semasa.
Malah bancian menerusi portal Sinar Harian Online mendapat pelbagai
respon kakitangan awam yang bersetuju supaya elaun perumahan dikaji
semula ekoran tekanan ekonomi yang dihadapi.
Majoriti mereka berpendapat, walaupun kerajaan mengambil pendekatan
melaksanakan skim pelarasan gaji, ia tidak membantu mereka mengurus kos
perbelanjaan harian dengan efisien kerana dalam masa sama, kadar sewa
rumah dan barangan keperluan juga meningkat naik.
No comments:
Post a Comment