Tuesday, November 13, 2012

Demo Lynas tiada kaitan dengan PAS

Harakahdaily

Helmi Ibrahim, 12 Nov 2012
KUANTAN: PAS Pahang menafikan terlibat dalam demonstrasi ataupun perhimpunan menyokong Lynas yang berlangsung di hadapan kompleks Mahkamah Tinggi Kuantan sewaktu pendengaran keputusan permohonan penduduk Kuantan untuk mendapatkan penggantungan kekal terhadap lesen TOL yang di luluskan oleh AELB kepada Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad yang juga Timbalan Pengarah Badan Bertindak Anti Refinery Plant (BADAR) berkata PAS tiada kena mengena dengan perbuatan dan tingkah laku mereka sepertimana dilaporkan oleh media ,maya pro-BN.

Sebilangan mereka dilaporkan bertakbir, berdoa dan  sujud syukur di khalayak ramai sebaik mengetahui keputusan Mahkamah memihak kepoada Lynas dan terdapat laporan mengatakan terdapat kalangan pekerja yang hadir merupakan ‘orang’ PAS.

Tegas beliau “PAS Pahang tetap teguh dengan pendiriannya berhubung isu ini memandangkan terlalu banyak persoalan yang di bangkitkan belum terjawab, yang ada hanyalah isu terpilih yang di’spin’ dan di olah sebaik mungkin bagi mewajarkan keputusan membenarkan Lynas bertapak di belakang rumah kita semua di Gebeng”.

Beliau juga meminta mana-mana ahli PAS yang bekerja atau mendapatkan projek di Lynas agar tidak mengaitkan PAS atas apa keadaan sekalipun untuk kepentingan peribadi mereka.
Jangan sesekali menjadi alat BN dan Lynas untuk menyerang parti demi kepentingan diri sendiri secara sedar ataupun separuh sedar, tegas beliau lagi.

Beliau meminta semua pihak mestilah menyedari bahawa asas penentangan penduduk antaranya berpunca sikap dan tindakan kerajaan berhubung isu ARE Bukit Merah.

Penafian berterusan kerajaan serta sikap berdolak-dalih yang menyebabkan isu tersebut terpaksa di heret ke mahkamah yang mebuang masa dan duit penduduk yang rata-ratanya dalam kemiskinan.

Di tambah lagi dengan media kerajaan yang mengapi-apikan isu tersebut sebagai isu ‘orang Cina’ sahaja dan menyisihkan orang Melayu dari melihat perkara ini dari perspektif yang luas, tambahnya.

Situasi sedemikian, katanya, hampir berulang di sini. Maklumat yang sebenar cuba di sorokkan, bila di bongkar baru di buat penjelasan yang kadangkala setengah masak.
Sentimen perkauman terus di gasak dan di api-apikan dengan sekali lagi orang Melayu menjadi ‘perkasam’ tanpa mendapat maklumat yang terbuka”.

“Justeru itu saya tegaskan di sini penentangan kita terhadap operasi Lynas adalah terhadap dasar kerajaan yang silap dan kesilapan ini jangan di teruskan dan ianya tiada kena mengena dengan isu periuk nasi pekerja dan kontraktor yang terlibat.
“Fikirkan juga nasib dan keselamatan ribuan anak-anak kecil yang 24 jam bakal menghirup gas yang bakal di lepaskan oleh serombong kilang mereka dan nelayan yang bergantung harap pada ikan di muara Sungai Balok. Mereka seharusnya menyalahkan kerajaan BN yang rakus dan tamak,” turutnya.    

Penegasan beliau turut di kongsi oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Fadhil Noor Al-Yamani yang kesal dengan tindakan segelintir ahli yang melibatkan diri secara langsung dalam projek tersebut.

“Peringatan dan bantahan bukan di buat sehari dua bahkan sejak tahun 2008 iaitu sebelum pembinaan kilang ini lagi oleh beberapa orang pimpinan Pas tempatan.

"Bahkan peringatan dan nasihat di beri lagi sebelum mereka menerima projek ataupun bekerja dengan Lynas," katanya.

Menurutnya, Presiden PAS secara jelas mengeluarkan kenyataan bahawa PAS menentang projek ini dan ianya di sokong pula oleh Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Seharusnya semua ahli bahkan penyokong jelas dengan pendirian ini dan ianya perlu di patuhi," katanya.

Bagi beliau, apabila parti memutuskan untuk terus menentang operasi kilang ini janganlah pula parti di tuduh ‘mengacau periuk nasi’ atau ‘membelakangkan kebajikan mereka’

"Kerana jika kita kembali semula kepada dasar dan asas perjuangan parti, maka kepentingan rakyat dan negara harus di utamakan kerana apabila hanya sekali ianya tercemar, maka tiada lagi peluang untuk berpatah balik semula,” jelasnya.

Seorang ahli PAS cawangan Balok Jaya 2, Abdul Razak Awang  ketika di temui meminta PAS Kawasan Indera Mahkota yang bertanggungjawab secara langsung terhadap isu ini untuk membuat satu penegasan yang konkrit terhadap isu ini bagi mengelakkan ianya menjadi fitnah terhadap parti di masa akan datang.

“Apa yang berlaku pada 8 November lalu menjadi bukti kebimbangan kita semua bahawa isu ini akan di politikkan dan di gunakan oleh media BN ternyata benar dan inilah yang kita nasihatkan kepada mereka yang terlibat tetapi mereka tetap dengan keputrusan mereka. Bayangkan apa yang akan berlaku menjelang PRU-13 nanti?

“Sewajarnya PAS Indera Mahkota bertindak segera walaupun terpaksa memanggil EGM dan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat,” ujarnya dengan penuh rasa kesal.

No comments:

Post a Comment