1 November 2012
SHAH ALAM – Pendedahan kewujudan hukum hudud bukan lagi satu kejutan
kepada masyarakat bukan Islam dan mereka sudah mula memperlihatkan
penerimaan dan “sudah memahami”, kata Dewan Himpunan Penyokong Pas
(DHPP).
Sehubungan itu, Pengerusinya, Hu Pang Chow,mendakwa perkembangan ini
telah menjadi kebimbangan buat MCA dan menyebabkan Presidenya, Datuk
Seri Dr Chua Soi Lek sering menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang
hudud.
“Sebaliknya, tohmahan MCA semakin hari semakin melampau disebabkan
tertekan kerana masyarakat bukan Islam sudah membuka mata dan sudah
tidak jahil tentang hudud,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari
ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengumumkan Pas dan DAP
telah mencapai titik persamaan secara umum apabila DAP menerima konsep
yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama
Islam.
Awal minggu ini, Abdul Hadi turut berkata, Pas sudah cukup menarik
untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah
negara kelak.
Ujar Pang Chow, DAP sewajarnya tidak diberi tekanan untuk memahami
sepenuhnya mengenai agama Islam kerana ahli-ahli DAP majoritinya terdiri
daripada orang bukan Islam dan masih ‘baru’ bergabung dengan Pas.
“Kita tidak boleh menyamakan ahli-ahli DAP dan ahli-ahli Pas yang sudah mengetahui mengenai semua aspek mengenai Hudud.
“Sebenarnya, DAP lebih faham tentang Islam berbanding MCA kerana
walaupun parti itu sudah lama bersamaUmno sejak lebihlima dekad, mereka
tegar menghina agama Islam.
“DAP tidak pernah menghina agama lain, cuma dahulu, mereka tidak
bersetuju dengan hudud sahaja. Sekarang itu bukan isu lagi,” jelasnya
lagi.
Namun jelas beliau, melalui Perhubungan rapat antara kedua-dua parti
ini dilihat mampu menghapuskan jurang ketidakfahaman DAP tentang agama
Islam.
Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan bahawa Pang Chow memberikan
isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada
sayap parti itu jika Pas terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan
di Kelantan.
Ketika diminta mengulas perkara itu, Pang Chow mengakui memang ada
berlaku tentangan kerana ia merupakan perkara baru buat masyarakat bukan
Islam, tetapi senario sudah berubah.
“Isu itu sedah berlalu setahun lalu, dan orang bukan Islam sudah tidak
takut kepada Hudud kerana sudah memahami mengenai hukum itu hingga
menyebabkan MCA bimbang.
“Sebenarnya perjuang Pas sesuai untuk semua kaum dan perubahan ketara
masyarakat bukan Islam dapat di berlaku di negeri Kelantan,” jelasnya
lagi.
Mengulas mengenai siapa yang banyak memberikan penjelasan mengenai
Hudud kepada ahli-ahli DHPP, Pang Chow berkata, pihak berterima kasih
kerana semua pihak tidak kira peringkat jawatan dalam Pas sentiasa
proaktif dalam memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai sokongan ahli-ahlinya, Pang Chow
berkata, sokongan semakin meningkat dari masa ke semasa.
Katanya, jika di pantai barat Semenanjung Malaysia, sokongan bukan
hanya tertakluk kepada orang Cina dan India sahaja, malahan turut
mendapat sokongan dikalangan orang Asli dan orang Siam, manakala di
Timur Malaysia, sokongan turut diperolehi daripada orang Iban, Bidayuh
dan sebagainya.
Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada
Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada September tahun
lalu.
Ia berkembang sehingga Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menegaskan lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika
tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan
menubuhkan negara Islam.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau akan tetap
dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud walaupun mendapat
tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
Pas dan DAP terus bertembung ekoran pendirian keras masing-masing berhubung isu pelaksanaan undang-undang hudud.
Berikutan pertembungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi
kata dua keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika
pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan
Rakyat.
Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR dan DAP.
No comments:
Post a Comment