2 November 2012
SERDANG – “Memang berharap sangat wajah saya akan pulih seperti manusia
normal yang lain kerana tidak sanggup lagi membawa ketumbuhan di
bahagian muka ini,” kata lelaki yang digelar ‘elephant man’, Leong Chee
Ming, 42, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Dia yang menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai ‘capillary
malformation’ sejak lahir itu turut melahirkan harapan tinggi rawatan
laser bakal dijalani 8 November depan dapat mengubah wajahnya.
Bagaimanapun katanya, dia tetap berasa takut dan bimbang terhadap kesan
rawatan bakal dijalani di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),
Kelantan itu.
Chee Ming yang juga anak ketiga daripada enam beradik menyatakan jika
wajahnya berjaya dipulihkan tiada perkataan lain selain gembira kerana
dapat menikmati hidup bersosial dengan masyarakat sekitar selepas 42
tahun menyembunyikan wajahnya itu dengan duduk di rumah sahaja.
“Saya memang teringin hendak menjadi seperti manusia normal yang lain,
tidak larat hendak bawa benda ini (ketumbuhan) yang berat di wajah
setiap hari.
“Mengenai rawatan laser bakal dijalankan memang ada rasa takut kerana
tidak tahu apa tindak balas dan kesannya selepas itu,” katanya yang
merupakan antara pesakit pertama menerima rawatan untuk penyakit seperti
itu di hospital negara ini.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan,
Datuk Liew Yuen Keong berkata, lelaki berkenaan sudah menjalani lapan
pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak enam bulan lalu sebelum
kesnya dirujuk ke HUSM.
Katanya, sebuah jawatankuasa kecil ditubuh dan mendapat sokongan 12
doktor pakar untuk membantu Chee Ming dan seorang lagi pesakit yang
menghidap penyakit sama mendapatkan rawatan.
“Sejak enam bulan lalu, kedua-dua pesakit sudah menjalani pemeriksaan
dan mereka akan dihantar untuk mendapatkan rawatan laser mematikan
selnya.
No comments:
Post a Comment