Selasa, 20 November 2012
Gambar
kiri, seorang wanita digantung dengan cangkuk ditusuk pada belakang
badan. Gambar kanan, seorang lelaki dibantu turut digantung dengan
cangkuk tertusuk menerusi kulitnya.
MEDELLIN: Sudah menjadi perkara biasa bagi kita mendengar ada orang sanggup merana kerana seni.
Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak, mereka bertindak lebih jauh.
Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia baru-baru ini berkumpul
untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau di Konvensyen
Tahunan Tatu Antarabangsa Ketiga.
Mereka yang menghadiri konvensyen di Medellin, Columbia itu sudah pasti bukan yang lemah semangat.
Mereka yang menghadiri konvensyen di Medellin, Columbia itu sudah pasti bukan yang lemah semangat.
Persembahan yang paling menarik perhatian ialah seorang wanita berambut merah berkorset kulit, digantung dengan dua cangkuk besi yang ditusuk pada kulit belakang badannya.
Persembahan melampau itu hanya dua daripada koleksi mereka yang bertindak ekstrem atas nama seni tubuh.
Ada yang sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk melukis tatu pada tubuh mereka sementara yang lain, bertindak lebih jauh dengan apa yang dipanggil pengubahsuaian tubuh. - DM
No comments:
Post a Comment