Rabu, 14 November 2012
KLOSS
memakai perhiasaan kepala mirip yang dipakai penduduk pribumi pada
pertunjukan fesyen Victoria's Secret di New York pada 7 November lalu.
FLAGSTAFF - Syarikat
fesyen Victoria's Secret meminta maaf ekoran seorang modelnya, Karlie
Kloss memakai satu perhiasan kepala seperti yang dipakai ketua perang
penduduk pribumi Amerika Syarikat.
Permohonan maaf itu dibuat selepas perhiasan tersebut dikritik kerana ia
dianggap tidak menghormati kebudayaan dan sejarah penduduk pribumi.
"Kami dengan ikhlas meminta maaf kerana kami tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan sesiapa," kata syarikat berkenaan.
Perhiasan kepala yang mempunyai sejumlah pelepah bulu haiwan itu
merupakan simbol penghormatan untuk ketua-ketua perang dan pahlawan
penduduk pribumi.
Pada 7 November lalu, Kloss memakai perhiasan kepala mirip yang dipakai
penduduk pribumi pada satu pertunjukan fesyen syarikat berkenaan di New
York.
Model itu memakai perhiasan tersebut ketika dia hanya memakai coli dan seluar dalam.
Bagaimanapun, Kloss meminta maaf menerusi laman Twitter jika pemakaian
perhiasan kepala itu telah mengaibkan pihak-pihak tertentu. - Agensi

No comments:
Post a Comment