12 November 2012
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi meramalkan hujan di sana sini dan
ribut petir dijangka berlaku semasa sambutan Deepavali, esok.
Menurut jabatan itu, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dijangka hujan pada sebelah pagi.
Manakala Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah juga
dijangka mengalami hujan di sana sini di kawasan pantai pada waktu pagi.
Di negeri lain, cuaca cerah diramal pada sebelah pagi, kata jabatan itu hari ini.
Pada sebelah petang, ribut petir di beberapa tempat dijangka berlaku di
Selangor, Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Putrajaya, Melaka, Johor,
Pahang, Sarawak dan Sabah.
Hujan juga dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu pada sebelah petang.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat cuaca pada setiap hari di seluruh negara.- Bernama
No comments:
Post a Comment