Harakahdaily
Zulkifli Sulong, | 02 Nov 2012 |
KHAIRUL Faizi Ahmad Kamil, 39, (gambar) adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. Dalam masa yang sama beliau adalah Yang Dipertua PAS kawasan Kluang, Johor.
Beliau
adalah antara tokoh muda PAS yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
politik. Kerja sepenuhnya masanya adalah ahli politik.
Menjadi rutin mingguan Khairul Faizi untuk pulang ke Johor, bersama rakan-rakan dalam PAS dan Pakatan Rakyat di Kluang.
Minggu
lalu, ketika penulis turun ke Johor, beliau sibuk menguruskan majlis
dialog pemimpin PAS Johor dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di
sebuah hotel di Kluang, antara bandar utama di Johor selepas Johor
Bahru.
Malamnya, mereka mengadakan ceramah di depan Pejabat PAS
Kawasan Kluang. Ia disertai oleh pelbagai pihak termasuk penduduk bukan
Islam di bandar Kluang.
Khairul Faizi hanya baru menjadi Yang
Dipertua PAS Kluang sessi lalu. Namun beliau sudah dua kali bertanding
dalam pilihan raya umum iaitu tahun 2004 dan 2008. Kedua-duanya beliau
kalah di DUN Mahkota dalam parlimen Kluang.
Dalam pilihan raya
2004, beliau hampir hilang wang deposit apabila hanya mendapat 4,107
undi sedangkan lawannya dari Umno mendapat 19,045 undi.
Namun
dalam pilihan raya 2008, Khairul Faizi mendapat 9,809 undi iaitu
peningkatan 100 peratus manakala lawannya mendapat 17,487 undi.
selengkapnya
No comments:
Post a Comment