12 Nov 2012
KUALA
LUMPUR 12 November: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail berkata, beliau sudah lali dengan tuduhan dan serangan yang
dilakukan terhadap keluarga, terutama suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan terbaru, ke atas anaknya.
Ini kerana katanya, serangan tersebut tidak berhenti, sejak dari dulu
hingga sekarang dan hanya berserah kepada Allah S.W.T supaya diberi
kekuatan.
“Pelbagai tuduhan dibuat ke atas kami terutamanya ke atas Anwar. Kami sudah lali dengan tuduhan dan serangan-serangan begini.
“Kami cuma boleh minta bantuan Allah dan minta kami boleh atasinya,” kata Wan Azizah dipetik Sinar Harian.
Anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar menjadi mangsa serangan terbaru
Umno BN apabila difitnah berhubung kenyataan beliau pada sebuah forum
awal bulan ini.
Utusan Malaysia pada muka depannya minggu lalu memanipulasi
kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam forum ‘Negara Islam:
Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
mendakwa, kenyataan Izzah tentang kebebasan beragama disifatkan beliau
sebagai mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN itu melampau.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya sebelum
ini berkata, sebarang laporan perlu diteliti dan diperjelas 100 peratus
sebelum menyatakan pandangan, apatah lagi ia dilapor Utusan.
Pandangan Hadi disokong Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau
Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin yang menjelaskan, semakin dekat
pilihan raya ini, tahap kesiuman media Umno semakin rendah.
Senada dalam isu ini, juara program realiti Imam Muda musim pertama,
Muhammad Asyraf Ridzuan berkata, ada pihak sengaja memperbesarkan isu
murtad dan kebebasan beragama supaya nampak teruk dan dijadikan topik
hangat sebagai platform untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
No comments:
Post a Comment