SH
28 November 2012
28 November 2012
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) yakin dapat
mempertahankan Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kejayaan strategi yang
dilaksanakan oleh BN sepanjang lebih tiga tahun memerintah negeri itu.
"Insya-Allah, apabila diberi amanah untuk mengepalai negeri ini, tentu
kita mempunyai strategi taktikal, peralatan perang dan sebagainya, dan
BN yakin dapat
mempertahankan kedudukannya di Perak," katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.
mempertahankan kedudukannya di Perak," katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.
Zambry berkata, Umno dan BN Perak kini berada di peringkat persiapan akhir menghadapi PRU yang bakal diadakan bila-bila masa.
"Kalau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum pilihan raya
akan diadakan esokpun, kita sudah bersedia menghadapinya," tegasnya.
Mengulas lanjut, Zambry berkata kemenangan BN di Perak akan ditentukan
oleh undi daripada semua kaum, bukan kaum tertentu sahaja.
Mengenai undi kaum Cina, beliau menjelaskan: "Keadaan di Perak berbeza
dengan negeri lain. Kita tidak boleh buat tahap pengundian masyarakat
Cina
secara umum, ada yang tinggal di bandar dan ada yang tinggal di desa."
secara umum, ada yang tinggal di bandar dan ada yang tinggal di desa."
Zambry berkata, beliau melihat sokongan masyarakat Cina terhadap BN ketika ini adalah baik.
Menyentuh soal calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya umum,
beliau berkata, penyediaan senarai calon kini berada di peringkat akhir,
dan penilaian
secara berterusan akan dilakukan sehingga waktu pilihan raya.
secara berterusan akan dilakukan sehingga waktu pilihan raya.
Ditanya mengenai muka baru, beliau berkata BN Perak akan mengetengahkan
kira-kira 40 hingga 50 peratus muka baru pada PRU kali ini.
Mengenai sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan
Negeri Pangkor atau berpindah ke Parlimen, Zambry berkata segala-galanya
bergantung kepada keputusan Najib.
Setakat ini, arahan yang diterimanya daripada Najib adalah untuk
mengepalai jentera pilihan raya Perak bagi menghadapi PRU, katanya.
BN Perak kini mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, pakatan
pembangkang 27 manakala wakil Bebas pula empat kerusi. - Bernama
No comments:
Post a Comment