18 November 2012
SEREMBAN - “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan
air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering
dalam masa beberapa minit sahaja," kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang
dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara tiba-tiba
menjadi panas.
Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin
ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di
masjid.
“Ketika memijak kaki di lantai garaj, saya menyedari ia panas luar
biasa. Jadi, saya memanggil isteri untuk memberitahu kejadian itu dan
dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.
“Tapi yang menghairankan kesan panas hanya dirasai di satu tempat berhampiran pintu masuk rumah sahaja dan bukannya di keseluruhan kawasan garaj,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Abdul Rahman, dia kemudian meminta rakannya untuk mengenal
pasti punca kejadian itu kerana berkemungkinan membabitkan kabel di
dalam tanah.
Bagaimanapun rakannya mencadangkan agar dia menghubungi pihak bomba sahaja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Saya menghubungi Balai Bomba Senawang dan pegawainya datang membuat
pemeriksaan. Tapi mereka sendiri berasa pelik dengan kejadian itu dan
menyerahkannya kepada Jabatan Mineral dan Geosains negeri untuk siasatan
lanjut.
“Kejadian ini memang menakutkan saya dan isteri kerana hampir 30 tahun mendiami rumah ini, inilah pertama kali berlaku,” katanya.

Abdul Rahman yang merupakan pesara tentera berkata, apa yang
membimbangkannya ialah kesan panas terbabit mula merebak ke tempat lain.
Katanya, dia dan isteri bimbang untuk memijak lantai itu kerana takut ia meletup disebabkan tekanan dalam tanah.
“Malam semalam (kelmarin) hanya di kawasan garaj rasa panasnya, tapi sekarang sudah merebak ke bahagian pintu.
“Ada rakan saya cakap mungkin buatan sihir, tapi saya tidak fikir macam itu kerana saya tidak mempunyai musuh,” katanya.
Menurutnya, kejadian pelik seumpama itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini air dalam lubang tandas rumahnya secara tiba-tiba ‘menggelegak’ sehingga mengeluarkan bunyi.
Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku seolah-olah ada tekanan di bawah tanah rumahnya, namun ia kembali normal selepas beberapa jam.
“Saya ada membuat bacaan Yasin dan menyiram air ke atas jubin berkenaan namun tetap tidak berkesan.
“Jadi sekarang saya dan isteri hanya menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk membuat pemeriksaan. Saya cuma berharap kejadian misteri ini berakhir segera,” katanya.

No comments:
Post a Comment