(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 19 November: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak
kerajaan membatalkan faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan ke
atas pembeli rumah projek terbengkalai.
“Batalkan caj faedah yang zalim ini. Sudahlah rumah tak siap, pembeli
dibebankan pula dengan pelbagai bayaran. Ini tak termasuk kos duti
setem dan caj surat cara oleh institusi kewangan.
“Tak munasabah dan menindas. Kos-kos hanya dikenakan terhadap
pembeli. Seolah-olah bank mengambil kesempatan dengan meneruskan caj
ini,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Perkara itu ditekan beliau ketika membahaskan Rang Undang-undang
Pengurusan Strata 2012, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di
Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau mencadangkan kepada kerajaan untuk mengecualikan 20 peratus
duti setem dan caj surat cara bagi skim ‘Rumah Pertamaku’ seperti diumum
dalam Bajet 2012 bagi pembeli rumah berharga RM350,000 hingga
RM400,000.
“Pembeli terikat dengan perjanjian. Masalah besar disebabkan oleh banyak pembinaan rumah yang berstatus terbengkalai.
“Kerajaan kata akan teliti dan bela pembeli rumah. Tapi setakat ini
hanya (penguatkuasaan undang-undang) kepada institusi kewangan yang
dipertahankan,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu.
Azan turut mempersoal persediaan kementerian berkenaan berhubung
keperluan menampung permintaan rumah mampu milik, berikutan 44,000
kediaman tersebut habis ditempah.
“Apa penjelasan Menteri? Rumah mampu milik sepatutnya menjadi motif
utama Kementerian. Dalam masa sama banyak projek rumah yang
terbengkalai. Rumah tak ada tapi semak-samun yang naik,” jelasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment