20 November 2012
SHAH ALAM - Pas menyifatkan isu mendoakan kehancuran Umno-Barisan
Nasional (BN) yang dibacakan pada himpunan sempena Muktamar Pas ke-58,
Jumaat lalu, bukan polemik besar.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, doa
oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat itu tidak ditujukan kepada
individu, tetapi organisasi, iaitu BN.
Menurutnya, media seharusnya lebih memberi keutamaan kepada intipati perjalanan Muktamar Pas kali ke-58 itu, bukan memperbesarkan isu doa.
"Untuk individu, memang kita tidak boleh mendoakan kehancuran, tetapi perlu meminta diberikan hidayah dan petunjuk.
"Namun, bagi sesebuah badan, doa seperti itu boleh dibuat, seperti yang pernah dilakukan Nabi Muhammad SAW ketika mendoakan kehancuran tentera Rom," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas reaksi negatif oleh pelbagai pihak, termasuk pimpinan
tertinggi Umno, terhadap doa 'KO BN' yang dibaca di Himpunan Kebangkitan
Rakyat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat lalu.
Tuan Ibrahim berkata, doa tersebut wajar kerana pastinya Pas tidak akan
mendoakan parti lawan menjadi kuat dan yakin Umno-BN juga tidak akan
berbuat sedemikian.
"Dalam doa tersebut kita mahu pihak lawan lemah, supaya pihak yang satu lagi dapat memperoleh kemenangan. Pastinya Pas tidak akan mendoakan Umno-BN menjadi kuat dan mereka juga tidak akan mendoakan Pas kuat," katanya

No comments:
Post a Comment