Harakahdaily
PAS bukan parti kampung, sedia tadbir negara
Muhammad Yusri Amin, | 19 Nov 2012 |
KOTA BHARU: PAS bukan ‘parti kampung’ bahkan sebuah
parti yang kini bersedia untuk mentadbir Malaysia, kata Naib Presiden
PAS, Datuk Husam Musa.
Beliau
berkata PAS kini didukung ahli dari pelbagai lapisan termasuk pegawai
tinggi kerajaan dan pegawai keselamatan yang telah bersara.
(Gambar: Husam bersama petugas Harakah di muktamar.)
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan
dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata Ucapan Dasar Presiden pada
Muktamar Tahunan PAS ke-58 meletakkan PAS bukan saja untuk PAS tetapi
juga PAS untuk semua.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Muktmar Tahunan PAS ke-58
yang berakhir di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) dekat sini
petang semalam.
“Hendak membentuk sebuah kerajaan mesti ada pelbagai aliran kekuatan
termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pegawai dari pasukan
keselamatan yang telah bersara.
“Dan ini membuktikan PAS tidak lagi sebuah ‘parti kampung’ tetapi
sebuah parti yang bersedia untuk mentadbir kerajaan secara yang baik,”
ujarnya.
Katanya,, ucapan penggulungan Presiden PAS menunjukkan beliau seorang
pemimpin sudah teruji, bahkan bersedia untuk memimpin rakyat Malaysia
pelbagai kaum serta menguasai isu-isu governance dengan cekap.
Beliau turut mengulas isu ‘pengkhianatan Umno’ terhadap Melayu.
Husam mendakwa itu merupakan isu besar yang akan diikuti follow-up program-program yang lain selepas ini.
Ini, ujarnya penting supaya rakyat di luar bandar boleh faham bahawa
sebenarnya selama ini mereka adalah terpinggir kerana kecuaian atau pun
pengkhianatan Umno.
Mengenai calon PAS untuk PRU13, beliau berharap calon itu mestilah
seorang berbudi baik dari perspektif Islam, beriman, bertaqwa dan ada
track record serta rapat dan mesra dengan pengundi
No comments:
Post a Comment