Harakahdaily, | 19 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS
memandang serius isu yang sedang melanda bidang pendidikan negara
mutakhir ini dalam memastikan konsep Negara Berkebajikan PAS menjadi
acuan yang dapat menyelesaikannya.
Justeru, Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan Nor Azman Mohamad
berkata, pendidikan harus dijadikan sebagai teras dalam Negara
Berkebajikan malah dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia amnya.
Tambahnya, gesaan itu selari dengan isu yang sedang melanda
pendidikan serta warga pendidik di negara ini setelah Umno BN membawa
satu lagi dimensi songsang dalam wahana pendidikan negara dengan sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Beliau berkata, sistem baharu tersebut umpama nanah yang sedang
membarah dalam sistem pendidikan negara setelah 55 tahun Kerajaan
Barisan Nasional memerintah, perubahan berkenaan dasar pendidikan yang
sering diubah, lebih memburukkan keadaan, kebanyakan dasar itu bersifat
‘market-drive’ dan menanggung kerugiaan berbilion ringgit.
Sebagai contoh, katanya dasar PPSMI yang dilaksanakan di zaman
pemerintahan Tun Dr Mahathir menelan belanja sehingga RM5.1 bilion,
namum keputusan tahap celik pelajar ketika mana Bahasa Inggeris
dijadikan bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik hanya
sebanyak 4% sahaja.
PBS yang dilaksanakan pada tahun 2011 hanya berdasarkan penilaian
kepada mata kasar guru sahaja. Hal ini mendapat bantahan daripada guru
keraja segala tanggungjawab berkenaan peperiksaan dibebankan kepada
guru. Setiap aspek seperti menggubal soalan, menyemak dan memasukkan
data perlu dilakukan guru yang mengajar.
"Saya menyeru supaya penstrukturan semula perlu dibuat dengan kadar
segera bagi meningkatkan kembali mutu pendidikan negara dari terus
dimanipulasikan dengan pelbagai dasar yang tidak menguntungkan," ujarnya
kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, ujarnya PAS komited dalam memperjuangkan agenda
menambah baik taraf hidup guru dengan penambahan elaun insentif sebanyak
RM500 seperti dalam tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang wajar
diberi kepada setiap guru demi meningkatkan lagi tahap kredibiliti dan
profesionalisme amnya.
No comments:
Post a Comment