JOHOR - Seorang mekanik berusia 57 tahun telah menerima 1 saman trafik
dan 3 saman daripada kamera AES dalam masa 2 bulan. Bagaimanapun ia
menafikan saman itu adalah miliknya kerana gambar yang ditunjukkan oleh
kamera AES itu adalah
kereta yang berbeza tetapi menggunakan nombor pendaftaran yang sama.
Mangsa yang memandu kereta Perodua Alza silver bernombor pendaftaran JNJ
4186 menerima saman pertama daripada JPJ menunjukkan pada 28 September
jam 4.22 ptg beliau memandu laju di Batu Pahat, sedangkan pada masa itu
beliau sebenarnya masih bekerja.
"Selepas insiden itu, saya pergi ke balai polis untuk melaporkan perkara
ini. Seminggu kemudian saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa saman ini
akan dibatalkan" katanya.
Mangsa kemudiannya menerima saman kedua bertarikh 2 Oktober jam 5.33 ptg
kerana memandu laju di kilometer 376.9 lebuhraya Utara-Selatan. Pada
tarikh dan masa itu juga beliau sedang bekerja dan mempunyai dokumen
yang membuktikan dia sedang bekerja.
Mangsa yang tidak berpuas hati telah merujuk ke ibu pejabat JPJ Johor
dan diarahkan untuk membuat pemeriksaan kenderaan miliknya supaya dapat
disahkan. Akhirnya keputusan yang diperolehi menunjukkan kereta miliknya
adalah sah dan tulen tanpa ada sebarang perubahan.
Pemeriksaan membuktikan badan dan enjin kereta milik mangsa adalah tulen.
Pihak berkuasa JPJ kemudiannya memberikan kepada mangsa alamat Syarikat
Pengurusan AES supaya saya dapat menulis surat untuk memaklumkan insiden
yang sebenar. Bagaimanapun tidak lama kemudian mangsa menerima lagi
saman AES untuk kali ketiga dan keempat.
Lebih menarik lagi, saman AES ketiga dan keempat yang diterima mangsa
bertarikh 20 Oktober itu menunjukkan mangsa memandu laju pada jam 1.52
petang di kilometer 375.9 lebuhraya Utara-Selatan dan pada jam 4.03
petang di kilometer 204.6 lebuhraya Utara-Selatan. Gambar yang
ditunjukkan dalam saman AES itu adalah model kereta yang samatetapi
warna yang berbeza iaitu warna hitam.
Mangsa yang menerima 4 saman kerana memandu laju ini disaman sebanyak
RM300 setiap kesalahan. 2 lagi saman yang diterimanya memerlukan mangsa
untuk hadir ke Mahkamah Majistret Taiping pada 7 Januari dan Mahkamah
Slim River pada 8 Januari.
Walaupun telah membuat laporan polis sebanyak 4 kali dan banyak kali
merujuk JPJ serta polis trafik namun masalah saman yang diterimanya
masih tidak dapat diselesaikan walaupun mangsa mempunyai dokumen lengkap
yang kukuh menyebabkan mangsa merasa sangat kecewa.
No comments:
Post a Comment